1. Sejak beberapa minggu lalu fikiran saya agak terganggu apabila memikirkan keadaan keselamatan negara yang kian meruncing jika dilihat dari laporan beberapa insiden lepas termasuk pada 9 Februari 2013, sebuah kumpulan penceroboh telah memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu,Sabah. Ramai pegawai dan anggota pasukan keselamatan kita terkorban.
2. Luka rakyat akibat kehilangan kehilangan pesawat MAS MH 370 dan MH 7 ditembak jatuh di ruang udara Ukraine belum hilang, berlaku lagi pencerobohan masuk ke wilayah kita oleh sindiket pemerdagangan manusia hingga menyebabkan ratusan mangsa warga Rohingya mati dan dikebumikan di sebuah kawasan hutan di Wang Kelian Perlis.
3. Kebelakangan ini pula, dari laporan media arus perdana, dilaporkan ramai rakyat negara ini dan warga asing yang ditahan oleh unit 'counter terrorism' Cawangan Khas PDRM kerana disyaki terlibat dengan kegiatan militan dan dikaitkan dengan Kumpulan militan Negara Islam (IS). Seperti yang dilaporkan oleh media asing dan tempatan, Kumpulan militan Negara Islam (IS) adalah kumpulan militan radikal yang menggunakan nama Islam untuk berjihad, dan kini telah menguasai sebahagian besar kawasan di timur Syria, di utara serta barat Iraq.
4. Kumpulan ini menggunakan taktik ganas termasuk pembunuhan beramai-ramai musuh yang ditangkap, penculikan, dan memenggal kepala petugas media dari negara luar sehingga menyebabkan campur tangan tentera Amerika Syarikat (AS) yang menyerang kubu kumpulan itu di Iraq. Matlamat IS didakwa untuk mewujudkan sistem pemerintahan khalifah, iaitu negara yang diperintah oleh seorang pemimpin politik dan agama.
5. Walaupun pada masa ini IS masih beroperasi di Iraq dan Syria, kumpulan itu telah berjanji akan memperluaskan jajahan ke Jordan dan Lebanon serta membebaskan Palestin. Mengikut laporan sama, IS mendapat sokongan militan Islam dari seluruh dunia dan menuntut semua ahlinya bersumpah taat-setia kepada ketuanya, Ibrahim Awad Ibrahim Ali al-Badri al-Samarrai, atau lebih dikenali sebagai Abu Bakr al-Baghdadi.
6. Menyentuh tentang IS, banyak pihak dan ramai di kalangan kita agak bimbang dengan trend yang cuba digambarkan kepada rakyat tentang wujudnya ancaman yang agak serius setelah ramai yang berjaya ditahan itu didakwa akibat penglibatan dengan kegiatan IS. Jika ini sesuatu yang benar bererti kumpulan militan telah menjadikan Malaysia sebagai sasaran utama melebarkan jaringan militan di rantau ini. Malah ia memungkinkan negara berdepan masalah ekonomi jika pelabur hilang keyakinan terhadap tahap keselamatan negara ini.
7. Sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan mementingkan keselamatan negara demi kepentingan generasi akan datang, saya agak kritis dan analitis dalam soal ini apabila persoalan demi persoalan mencurah masuk ke dalam rongga fikiran saya setelah mencantum kesemua insiden-insiden yang telah berlaku itu dan membina menara pandang untuk diselidiki dari pelbagai sudut.
8. Berhubung dengan ancaman IS, sekiranya mahu dibandingkan dengan mengambil pendekatan logika, antara negara-negara di Asia khususnya ASEAN, hanya Malaysia dan Singapura yang tidak berdepan ancaman secara langsung daripada kumpulan militan atau kumpulan pemisah. Jika di Thailand kumpulan pemisah Barisan Revolusi Nasional (BRN), Pattani United Liberation Organsation (PULO), Barisan Pembebasan Islam Pattani (BIPP) dan Gerakan Mujahideen Pattani (GIMP) seperti sudah bersedia menjadi tapak atau medan tempur bagi IS untuk bertapak .
9. Di Selatan Filipina pula terdapat Kumpulan Abu Sayyaf (KAS), Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF). Sementara di Indonesia Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dan pertubuhan-pertubuhan Islam berhaluan kiri seperti Hizbut Tahrir dan berbagai lagi yang mendokong perjuangan keras tidak termasuk Jemaah Islamiyah (JI) sentiasa terbuka untuk diresapi elemen keganasan. Dan di China wujud pejuang Uighur di wilayah Xinjiang dan India pejuang pemisah Kashmir. Sudah pastilah ia merupakan aset penting kepada IS untuk bertapak. Dengan kemahiran dan semangat ingin berjuang atas landasan Islam sedia ada, rakyat di negara-negara ini merupakan 'soft target' kepada IS untuk direkrut. Tetapi, kenapa negara-negara ini tidak disasarkan oleh IS?
12. IS juga turut dicurigai mempunyai hubungan langsung dengan perisikan Amerika dan Israel iaitu CIA dan MOSSAD bagi melunaskan impian mereka untuk menghancurkan Islam dari dalam seperti yang dilakukan oleh golongan Syiah yang dirintis oleh Abdullah bin Saba'. Bayangkan betapa tidak rasionalnya sebuah negara kuasa besar seperti Amerika dan Israel yang diketahui mempunyai senjata-senjata terkini dan ampuh gagal menangani isu IS. Malah IS dengan begitu jelas berperang menggunakan senjata terkini dan merbahaya dari mana datangnya semua itu? Paling menghairankan adalah dana untuk membiayai pembelian persenjataan serta peluru dan bom yang sentiasa mencukupi walaupun terkepung.
13. Hanya musang mengenali musang berbulu ayam dan hanya penjenayah dengan mudah mengenalpasti penjenayah. Sekadar lontaran fikiran untuk sama-sama kita merenung dan berfikir. Bukankah berfikir itu gratis?
Wallahualam
13. Hanya musang mengenali musang berbulu ayam dan hanya penjenayah dengan mudah mengenalpasti penjenayah. Sekadar lontaran fikiran untuk sama-sama kita merenung dan berfikir. Bukankah berfikir itu gratis?
Wallahualam

No comments:
Post a Comment